Thursday 25 December 2014

PUNCA PERUT BUNCIT

Assalammualaikum, terasa diri diperhatikan kerana perut buncit?? Saya juga kadang kala terasa begitu, maklumlah wanita yang sudah melahirkan anak potensi buncit memang ada kalau tak dijaga. Lebih-lebih lagi bila tidak menjaga cara pemakanan sihat dan tiada senaman yang dilakukan. Janganlah pula kita diperhatikan ini membiarkan sahaja, betul tak. Kita patut menjaga dan pelihara perut supaya tidak buncit dan menggeleber. Sudahlah menggeleber pakai pula pakaian sempit, tak ke menampakkan kegeleberan dan kebonjolan sana sini. Sebagai wanita lebih-lebih yang sudah berumahtangga, haruslah menjaga imej kita di pandangan suami. Barulah tak pandang kelain, kan..kan..kan..hehe. Suami jangan pula asik jeling perut isteri ye, jeling sekali perut sendiri. Haa...nanti bukan lagi buncit...boroi pon sudah..haha..Tak mo..tak mo..Kena jaga imej suami isteri ye..baru la jeles kawan-kawan tengok..hehe..

oklah..oklah..Saya kongsi sikit pasal Punca Perut Buncit ni ye..

Bagi kebanyakan orang , semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan.Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 



Faktor pertama adalah makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang. Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Oleh itu untuk mencegah perut buncit kita perlu makan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, roti berserat penuh, beras perang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran. 



Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Oleh itu elakkan makan berat sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur malam.

Pengambilan alkohol atau arak juga adalah punca kepada perut buncit. Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. Kerana itulah dalam Islam , arak itu diharamkan. Untuk mengelakkan perut buncit , maka janganlah minum arak.

Faktor kedua adalah stress yang tidak terkawal. Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh kerana itu , kita perlu mengawal stress dengan banyak beriadah, rekreasi, bersikap positif, hidup beragama dan makan banyak buah-buahan. Kurangkan kopi kerana kandungan kafein yang berlebihan akan meningkat stress. 

Faktor ketiga yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.

Faktor keempat adalah tidak aktif secara fizikal samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat. Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. Dengan bersenam selalu, tona otot akan meningkat dan akan membakar kalori yang berlebihan. Disamping itu , senaman juga meningkatkan metabolisma dengan peningkatan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Hormon-hormon ini akan mencegah pengumpulan dalam abdomen yang menyebabkan perut buncit.

Faktor kelima, mempunyai kaitan dengan perubahan hormon akibat penuaan. Bagi wanita ia berlaku ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang tua yang bertubuh kecil tetapi perutnya buncit. Senaman dan makanan yang baik akan mengurangkan kesan penuaan kepada perubahan hormon.

Elakkan faktor-faktor yang menyebabkan perut buncit dengan mengamalkan tip-tips yang telah diberi.


info dari 
http://doknorm.blogspot.com/2013/01/punca-perut-buncit-tips-mencegahnya.html

Selain faktor tersebut, supplemet dapat membantu bagi mengurangkan perut buncit sekaligus mengempiskan perut. Pada pengetahuan saya, perut buncit boleh di detoks terlebih dahulu supaya dapat mencuci usus dengan bersih. barulah segala nutrien makanan yang diambil berkesan ke atas tubuh badan. Antara supplement yang boleh diambil ialah : -

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Lecithin

Kod Produk:10163 (180 kapsul)
Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


Herb-Lax™

Kod Produk:11007 (120 tablets)
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


Cinch® Shake Mix

Kod Produk:17023 (Cafe Latte), 17021 (Vanila), 17022 (Coklat)
Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian

Cinch® Energy Tea Mix

Tingkatkan Tenaga Anda

Kod Produk:20345 (28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.






Wednesday 24 December 2014

TEKNIK MENGAWAL STRESS

Assalammualaikum, stress dengan kerja?? Atau stress dengan boss??Hee..Bertenang...janganlah stress sangat..Releks laa..cool..Jom baca, saya kongsikan sikit apa itu stress dan tips kawal stress..

 MAKSUD
Keadaan dimana gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Biasanya pekerjaan dan pembelajaran adalah dua perkara utama membawa kerisauan sehingga menjadi stress atau tertekan. Stress dalam pembelajaran  biasanya waktu peperiksaan hampir tiba yang mana pelajar tidak dapat mentelaah dan fokus dengan tenang atau tidak berminat untuk belajar. Manakala stress sebagai pekerja sekiranya beban kerja tidak dapat ditanggung atau dikawal.Kedua-dua hal ini juga berkaitan dengan persekitaran tempat belajar atau tempat bekerja.
STRESS PADA PANDANGAN ISLAM
Punca stress bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati, ruh,nafsu dan akal. Kelemahan hati menyebabkan rapuhnya hubungan seseorang itu dengan Allah swt menyebabkan pemikiran menjadi sempit,seolah-olah  tidak ada jalan penyelesaian. Hati yang baik mempunyai unsur yang  sangat halus, ketuhanan dan kerohanian.


STRESS ITU UJIAN ALLAH SWT

Surah Al-Baqarah(2):155Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin ) 

BAGAIMANA MENGENAL ORANG STRESS
 PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri
PERUBAHAN SIKAP
* Mudah marah
* Mudah bosan 
* Tidak mampu menguruskan diri / kerja
* Suka Mengalihkan kemarahan 
* Sentiasa berpandangan negatif
* Hilang pertimbangan / separa sedar
PERUBAHAN EMOSI
* Terlalu cemburu
* Penyedih dan sensitif 
* Terlalu gembira / riang
* Ego dan mementingkan diri
* Kemurungan
* Kerisauan / kebimbangan  

AKIBAT STRESS

POSITIF
* Sumber motivasi diri
* Perubahan positif
* Kecemerlangan diri
* Kuat berusaha
* Persaingan diri
* Optimis
* Keyakinan diri
NEGATIF
* Prestasi menurun
* Resah gelisah
* Hilang kesabaran diri
* Rasa bersalah
* Rendah diri
* Pesimis dan sensitif
* Hilang pertimbangan diri  

TEKNIK MENGAWAL STRESS

* Muhasabah diri 
* Mengenali punca-punca tekanan:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll 

* Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar 

* Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll  

FAKTOR STRESS
FAKTOR DALAMAN
* Keinginan melakukan yang terbaik
* Terlalu ideal
* Tiada keyakinan diri
* Putus asa / rendah diri
* Kurang pengetahuan agama
* Terlalu menjaga kepentingan orang lain
* Desakan untuk mendapat pujian / penghargaa
* Kaki kerja (workholic)
* Gagal menguruskan masa
FAKTOR LUARAN
* Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
* Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
* Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
* Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
* Perubahan kerja yang terlalu kerap
* Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerj
* Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
* Tidak mendapat penghargaan
 FAKTOR ISU SEMASA
* Kegawatan ekonomi dunia  
* Malapetaka / musibah
* Jatuh sakit
* Perubahan politik
* Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
* Perubahan status / kedudukan
* Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
* Perpisahan dan perceraian  

TINDAKANd
* Latih diri dengan situasi baru
* Bertenang, sabar, kawal, abaikan
* Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positi
* Redha dan menerima situasi
* Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
* Rehat, bercuti atau pindah
* Bersenam
* Sedar tahap keupayaan diri
* Seimbangkan aktiviti kehidupan
* Membuat perancangan yang teratur
* Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
* Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
* Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
* Dapatkan nasihat pakar 
* Amalkan makan vitamin b complex 









AMALAN ROHANI

SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
 
 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)


DOA 
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang. Asma'Alhusna


BACA AL-QURA
-  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyaki

KESIMPULAN

Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.


 Tak tau mana nak dapatkan vitamin??
Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045
Saya bantu anda...

SENAMAN RINGKAS UNTUK WANITA BEKERJA

Assalammualaikum..sihat ke??Alhamdulillah  di beri kesihatan yang lebih baik..Insya’Allah  dapat melakukan  pelbagai tugasan bila dikurniakan kesihatan yang baik ni..Saya seorang ibu yang bekerja di pejabat, adakala badan tidak tertanggung sakit dek kerana pelbagai tugasan..Kita lah ibu, kitalah isteri,kitalah cikgu,kitalah kawan bermain,kitalah tukang masak,kitalah juga tukang sapu..hehe..Tapi2 apa yang boleh kita buat utk kekal sihat dan cergas?? Haa..ni yang nak kongsi..Badan sihat cergas dan ceria haruslah dengan gaya pemakanan yang sihat.  buat senaman pon salah satu cara kekal sihatkan..
Sedikit perkongsian Senaman untuk wanita bekerja.
Senaman adalah aktiviti yang sangat penting pada tubuh badan,
Kesan senaman akan memastikan badan sentiasa sihat dan minda sentiasa cerdas. Selain itu, wanita yang selalu bersenaman akan sentiasa rasa segar dan lebih ceria.
Antara senaman yang anda boleh lakukan sebagai wanita bekerja adalah:
♡ Gunakan tangga berbanding lif.
♡ Berjalan kaki setelah parkir kereta, dan pastikan kereta anda diparkir jauh dari pejabat (bukan jalan melenggang ye)
♡ Lakukan senaman ringkas seperti hayunkan tangan.
♡ Jika rasa ingin pergi ke bilik air, gunakan bilik air di tingkat yang berlainan supaya anda perlu menaiki dan menuruni tangga.
♡ Sentiasa kemas meja anda pada setiap hari. Secara tidak langsung, anda bekerja dan bergerak.

Tip Senaman 
Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.





Tak tau mana nak dapatkan vitamin?? Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045 Saya bantu anda...

Friday 19 December 2014

PERSEDIAAN AWAL UNTUK ANAK KE SEKOLAH

 Assalammualaikum , cuti sekolah makin ke penghujung.. anda bersediakah segala keperluan anak-anak kita untuk ke sekolah?? Eloklah sekiranya keperluan anak-anak kita disediakan awal. Bukan apa, takut kalau-kalau nanti semuanya dah tak de saiz untuk anak-anak kita. Baju,seluar,kasut memerlukan saiz yang sesuai untuk anak-anak ye. Kalau lambat nanti anak kita macam apo lak upenye nanti kan..hehe..kalau keperluan pakaian memerlukan saiz , keperluan lain pula memerlukan kecantikan atau kepadanan dengan anak-anak..kot-kot warna yang dinginkan kehabisan dipilih orang lain pulakann...
Contoh laa,saya juga telah membeli beberapa barang keperluan anak seluar,kasut,beg dan alat tulis..memandangkan anak bujang belum pandai mengikut trend..die ikut jer apa yang saya pilihkan untuk dia..tapiii..macam beg sekolah, nak tau tak dia bekenan yang mana??Beg swan yang ratus hinggit tu hokayy..beg tue memang die berkenan sangat..sebab..ada roda..boleh tarik-tarik..warna biru..besar..wahh..memang kenan sangat..tapi tulakan, kita ikut kemampuan ye anak bujang mama..beg yang mama pilih nie pon cantik jugak..kannn..terasa diri dah tua..hikhik..tak pe..hati tetap mude uolss..hehe..
Jadi pada ibu bapa kat luar sana, segeralah menyediakan keperluan anak-anak kita supaya tidak kehabisan stok nanti.. Bagi saya beli ikut kemampuan sudah memadai,banyak lagi perlu dibeli selain keperluan sebelum memasuki alam persekolahan..dah masuk sekolah lain pula kan..Selain keperluan sekolah anak,keperluan kesihatan badan anak juga penting ye..InsyaAllah azam saya thn depan nak beri anak vitamin dengan konsisten..Supaya anak bujang mama,sihat,kuat dan bijak..aamiinn..
Antara vitamin yang mama nak sediakan untuk anak mama ialah, meal shakes , Chewble vita c dan Omega Guard..Semua vitamin ni membantu tumbesaran badan dan minda juga..InsyaAllah yang terbaik untuk anak mama..













 
 
 
Tak tau mana nak dapatkan vitamin?? Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045 Saya bantu anda...

KUASA VITAMIN C

Assalammualaikum,  alhamdulillah diberi sedikit dugaan kesihatan. Hampir dua minggu sebenarnya rasa tak sedap badan, tak sangka pula agak sensetif sebenarnya sakit ni..Bila da tak tahan sangat barulah meraban nak jumpa doktor bagai..Walhal takut, stakat demam tue tak de hal nak g jumpa doktor..hehe.. Anda dinasihatkan jangan tunggu lama-lama bila badan terasa tidak sihat..Segeralah berjumpa dengan doktor...Lebih-lebih lagi anda adalah seorang wanita..Sayangi badan anda, kerana anda begitu beharga..huhu..
Tapi-tapi,saya amalkan sekiranya terasa nak demam selsema atau batuk..Selain ubat, cubalah dengan vitamin C juga bawang putih..ia sangat-sangat membantu. Melegakan dengan pantas tau, tak percaya cuba dulu baru tau..hehe..Faktanya, vitamin C dan bawang putih baik untuk kuatkan imun ye..
























 Tak tau mana nak dapatkan vitamin?? Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045 Saya bantu anda...