Thursday 25 December 2014

PUNCA PERUT BUNCIT

Assalammualaikum, terasa diri diperhatikan kerana perut buncit?? Saya juga kadang kala terasa begitu, maklumlah wanita yang sudah melahirkan anak potensi buncit memang ada kalau tak dijaga. Lebih-lebih lagi bila tidak menjaga cara pemakanan sihat dan tiada senaman yang dilakukan. Janganlah pula kita diperhatikan ini membiarkan sahaja, betul tak. Kita patut menjaga dan pelihara perut supaya tidak buncit dan menggeleber. Sudahlah menggeleber pakai pula pakaian sempit, tak ke menampakkan kegeleberan dan kebonjolan sana sini. Sebagai wanita lebih-lebih yang sudah berumahtangga, haruslah menjaga imej kita di pandangan suami. Barulah tak pandang kelain, kan..kan..kan..hehe. Suami jangan pula asik jeling perut isteri ye, jeling sekali perut sendiri. Haa...nanti bukan lagi buncit...boroi pon sudah..haha..Tak mo..tak mo..Kena jaga imej suami isteri ye..baru la jeles kawan-kawan tengok..hehe..

oklah..oklah..Saya kongsi sikit pasal Punca Perut Buncit ni ye..

Bagi kebanyakan orang , semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan.Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 



Faktor pertama adalah makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang. Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Oleh itu untuk mencegah perut buncit kita perlu makan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, roti berserat penuh, beras perang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran. 



Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Oleh itu elakkan makan berat sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur malam.

Pengambilan alkohol atau arak juga adalah punca kepada perut buncit. Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. Kerana itulah dalam Islam , arak itu diharamkan. Untuk mengelakkan perut buncit , maka janganlah minum arak.

Faktor kedua adalah stress yang tidak terkawal. Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh kerana itu , kita perlu mengawal stress dengan banyak beriadah, rekreasi, bersikap positif, hidup beragama dan makan banyak buah-buahan. Kurangkan kopi kerana kandungan kafein yang berlebihan akan meningkat stress. 

Faktor ketiga yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.

Faktor keempat adalah tidak aktif secara fizikal samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat. Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. Dengan bersenam selalu, tona otot akan meningkat dan akan membakar kalori yang berlebihan. Disamping itu , senaman juga meningkatkan metabolisma dengan peningkatan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Hormon-hormon ini akan mencegah pengumpulan dalam abdomen yang menyebabkan perut buncit.

Faktor kelima, mempunyai kaitan dengan perubahan hormon akibat penuaan. Bagi wanita ia berlaku ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang tua yang bertubuh kecil tetapi perutnya buncit. Senaman dan makanan yang baik akan mengurangkan kesan penuaan kepada perubahan hormon.

Elakkan faktor-faktor yang menyebabkan perut buncit dengan mengamalkan tip-tips yang telah diberi.


info dari 
http://doknorm.blogspot.com/2013/01/punca-perut-buncit-tips-mencegahnya.html

Selain faktor tersebut, supplemet dapat membantu bagi mengurangkan perut buncit sekaligus mengempiskan perut. Pada pengetahuan saya, perut buncit boleh di detoks terlebih dahulu supaya dapat mencuci usus dengan bersih. barulah segala nutrien makanan yang diambil berkesan ke atas tubuh badan. Antara supplement yang boleh diambil ialah : -

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Lecithin

Kod Produk:10163 (180 kapsul)
Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


Herb-Lax™

Kod Produk:11007 (120 tablets)
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


Cinch® Shake Mix

Kod Produk:17023 (Cafe Latte), 17021 (Vanila), 17022 (Coklat)
Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian

Cinch® Energy Tea Mix

Tingkatkan Tenaga Anda

Kod Produk:20345 (28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.






No comments:

Post a Comment