Wednesday 24 December 2014

SENAMAN RINGKAS UNTUK WANITA BEKERJA

Assalammualaikum..sihat ke??Alhamdulillah  di beri kesihatan yang lebih baik..Insya’Allah  dapat melakukan  pelbagai tugasan bila dikurniakan kesihatan yang baik ni..Saya seorang ibu yang bekerja di pejabat, adakala badan tidak tertanggung sakit dek kerana pelbagai tugasan..Kita lah ibu, kitalah isteri,kitalah cikgu,kitalah kawan bermain,kitalah tukang masak,kitalah juga tukang sapu..hehe..Tapi2 apa yang boleh kita buat utk kekal sihat dan cergas?? Haa..ni yang nak kongsi..Badan sihat cergas dan ceria haruslah dengan gaya pemakanan yang sihat.  buat senaman pon salah satu cara kekal sihatkan..
Sedikit perkongsian Senaman untuk wanita bekerja.
Senaman adalah aktiviti yang sangat penting pada tubuh badan,
Kesan senaman akan memastikan badan sentiasa sihat dan minda sentiasa cerdas. Selain itu, wanita yang selalu bersenaman akan sentiasa rasa segar dan lebih ceria.
Antara senaman yang anda boleh lakukan sebagai wanita bekerja adalah:
♡ Gunakan tangga berbanding lif.
♡ Berjalan kaki setelah parkir kereta, dan pastikan kereta anda diparkir jauh dari pejabat (bukan jalan melenggang ye)
♡ Lakukan senaman ringkas seperti hayunkan tangan.
♡ Jika rasa ingin pergi ke bilik air, gunakan bilik air di tingkat yang berlainan supaya anda perlu menaiki dan menuruni tangga.
♡ Sentiasa kemas meja anda pada setiap hari. Secara tidak langsung, anda bekerja dan bergerak.

Tip Senaman 
Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.





Tak tau mana nak dapatkan vitamin?? Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045 Saya bantu anda...

No comments:

Post a Comment