Wednesday 24 December 2014

TEKNIK MENGAWAL STRESS

Assalammualaikum, stress dengan kerja?? Atau stress dengan boss??Hee..Bertenang...janganlah stress sangat..Releks laa..cool..Jom baca, saya kongsikan sikit apa itu stress dan tips kawal stress..

 MAKSUD
Keadaan dimana gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Biasanya pekerjaan dan pembelajaran adalah dua perkara utama membawa kerisauan sehingga menjadi stress atau tertekan. Stress dalam pembelajaran  biasanya waktu peperiksaan hampir tiba yang mana pelajar tidak dapat mentelaah dan fokus dengan tenang atau tidak berminat untuk belajar. Manakala stress sebagai pekerja sekiranya beban kerja tidak dapat ditanggung atau dikawal.Kedua-dua hal ini juga berkaitan dengan persekitaran tempat belajar atau tempat bekerja.
STRESS PADA PANDANGAN ISLAM
Punca stress bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati, ruh,nafsu dan akal. Kelemahan hati menyebabkan rapuhnya hubungan seseorang itu dengan Allah swt menyebabkan pemikiran menjadi sempit,seolah-olah  tidak ada jalan penyelesaian. Hati yang baik mempunyai unsur yang  sangat halus, ketuhanan dan kerohanian.


STRESS ITU UJIAN ALLAH SWT

Surah Al-Baqarah(2):155Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin ) 

BAGAIMANA MENGENAL ORANG STRESS
 PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri
PERUBAHAN SIKAP
* Mudah marah
* Mudah bosan 
* Tidak mampu menguruskan diri / kerja
* Suka Mengalihkan kemarahan 
* Sentiasa berpandangan negatif
* Hilang pertimbangan / separa sedar
PERUBAHAN EMOSI
* Terlalu cemburu
* Penyedih dan sensitif 
* Terlalu gembira / riang
* Ego dan mementingkan diri
* Kemurungan
* Kerisauan / kebimbangan  

AKIBAT STRESS

POSITIF
* Sumber motivasi diri
* Perubahan positif
* Kecemerlangan diri
* Kuat berusaha
* Persaingan diri
* Optimis
* Keyakinan diri
NEGATIF
* Prestasi menurun
* Resah gelisah
* Hilang kesabaran diri
* Rasa bersalah
* Rendah diri
* Pesimis dan sensitif
* Hilang pertimbangan diri  

TEKNIK MENGAWAL STRESS

* Muhasabah diri 
* Mengenali punca-punca tekanan:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll 

* Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar 

* Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll  

FAKTOR STRESS
FAKTOR DALAMAN
* Keinginan melakukan yang terbaik
* Terlalu ideal
* Tiada keyakinan diri
* Putus asa / rendah diri
* Kurang pengetahuan agama
* Terlalu menjaga kepentingan orang lain
* Desakan untuk mendapat pujian / penghargaa
* Kaki kerja (workholic)
* Gagal menguruskan masa
FAKTOR LUARAN
* Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
* Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
* Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
* Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
* Perubahan kerja yang terlalu kerap
* Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerj
* Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
* Tidak mendapat penghargaan
 FAKTOR ISU SEMASA
* Kegawatan ekonomi dunia  
* Malapetaka / musibah
* Jatuh sakit
* Perubahan politik
* Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
* Perubahan status / kedudukan
* Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
* Perpisahan dan perceraian  

TINDAKANd
* Latih diri dengan situasi baru
* Bertenang, sabar, kawal, abaikan
* Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positi
* Redha dan menerima situasi
* Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
* Rehat, bercuti atau pindah
* Bersenam
* Sedar tahap keupayaan diri
* Seimbangkan aktiviti kehidupan
* Membuat perancangan yang teratur
* Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
* Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
* Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
* Dapatkan nasihat pakar 
* Amalkan makan vitamin b complex 









AMALAN ROHANI

SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
 
 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)


DOA 
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang. Asma'Alhusna


BACA AL-QURA
-  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyaki

KESIMPULAN

Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.


 Tak tau mana nak dapatkan vitamin??
Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045
Saya bantu anda...

No comments:

Post a Comment