Saturday 27 May 2017

DI SERANG GASTRIK DI BULAN RAMADHAN

Bismillah..
Ada ke kawan2 kakak siti, bulan2 puasa nie diserang gastrik?
Meh nak share sikit tentang GASTRIK dan KURMA..
Pernah dengar tak, air nabeez?? Air rendaman kurma atau kismis, pernah dengar? Ini lah di katakan air nabeez tu. Kurma atau kismis yang direndam bersama air selama 1 malam.
Menurut info dari MR Google, banyak khasiat air nebeez nie. Air nie juga dikenali sebagai air detox.
Khasiat air nabeez :-
 Memberi dan memulih tenaga (antara disunatkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
 Tinggi kandungan fiber (meredakan dan memulihkan diri dari sembelit)
 Membekal zat besi yang sangat bagus
 Kaya pottasium - menstabilkan tekanan darah
Sebab tu orang yang dikatakan GASTRIK minum air rendaman kurma atau kismis nie dapat melegakan sakit sewaktu berpuasa. Ada juga, yang telah mencuba merasakan badan bertenaga dan lebih tahan lapar bila minum air nabeez nie.
Amalan meminum air nabeez setiap hari menjadikan tubuh badan yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga.
Air nabeez digelar sunnah nabi kerana ia adalah air kegemaran Nabi s.a.w. So, minum air nabeez nie dapat hindarkan GASTRIK dengan izin Allah juga dapat pahala kerana mengikut sunnah nabi.
Ok, sekarang kakak siti nak share cara buat air nabeez.
Bahannya : -
 Kurma atau kismis (dalam bilangan ganjil)
 Air 500ml
Cara penyediaannya:-
 Carik2kan kurma atau boleh digantikan dgn kismis (tidak boleh dicampurkan kurma dan kismis bersama)
 Masuk ke dalam bekas berisi air masak @ mineral tadi dan tutup bekas tersebut.
 Rendam semalaman.
Cara amalannya :-
 Minum air nabeez ini semasa perut kosong atau sebelum makan. Bulan puasa, boleh diamalkan sebelum sahur.
 Boleh disimpan sehari atau 2 hari, kalau lebih dikhuatiri akan rasa masam.
Jadi, siapa yang diserang GASTRIK sewaktu berpuasa boleh mencuba resepi mudah ni. Tiada lagi alasan tidak berpuasa kann..
Selain air nabeez nie, boleh juga mencuba resepi mudah dengan ESP Shaklee.
Dengan meminum bancuhan ESP anda  akan merasa begitu bertenaga, dan kenyang berpanjangan. Apabila ESP bersifat rendah G.I (Glycemic Levels) maka ia akan membantu merasa kenyang berpanjangan kerana kaya dengan protein tambahan, hanya makan sedikit, release tenaga secara perlahan.
ESP kaya dengan kacang soy a terpilih,bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kalenjar perut.
ESP adalah sumber  protein yang lengkap dengan 9 Jenis asid  amino perlu yang TIDAK dapat di bina oleh tubuh dan harus  di dapat kan daripada pemakanan kita. Asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu2 badan,organ,otot kulit dan rambut.








Thursday 18 May 2017

UBAT TAHAN SAKIT BERKESAN

Bismillah..
Assalammualaikum.. Selamat tengahri sahabat.. Dah lunch ke tue? Lauk ape hari nie?
Kakak siti lom makan lagi, tak tau nak makan ape..hihi..
Kalau ye pon lapau sangat janganlah buat muka ketat tue.. 
Orang sebelah nak jeling pon takut..hihi

Orang kate muka ketat..muka tak senyum..rezeki tak datang tau..
Betul..tak tipu.. Kalau tak caya, cer sedekahkan senyuman sepanjang hari..
Walaupun awak bercakap dalam telefon, awak senyum orang tak nampak..tapi orang boleh rase.
Rase awak happyyyy sangat.. Bila senyum, automatik suara awak akan bertukar kepada mode gembira. tak percaya cuba tau..;)

Ketahui punca muka ketat..
  •  Perut lapar, belum makan
  •  Emosi tercalar
  •  Period pain
  •  Senggugut
  •  Banyak berfikir negatif
  •  Stress 
  •  Tengah bulan (gaji da abishh...)
  •  Kerja office banyak tak siap
  •  Tiada yang bantu kerja di rumah
Haiii, banyak pula kalau di senaraikan ni. 
Kakak siti cadangkan, telan lah vitamin b complex.
Kerana B complex bantu anda stabilkan hormon. Bila hormon terganggu anda mudah stress, B complex juga bantu memberi tenaga, so kalau tak makan sekurang-kuranya ada tenaga, mengurangkan rasa sakit seperti sengugut, sakit kepala dan meredakan stress anda.

Dulu-dulu memang kakak siti ambil ubat tahan sakit, panadol, ponstant. Orang kata apa, lepas telan sakit pon hilang. Yang penting, sakit tadi tu hilang. So, tak kira la apa pon kita telan janji hilang sakit. Kan? Kebanyakannya yang kakak siti jumpa, memang sama. Tak pernah fikir apa yang kita telan tue bagus ke,memudaratkan dikemudian hari ke, semua tak fikir. Janji sakit hilang.

Setelah mengenal B-Complex, baru tahu yang ubat tahan sakit tidaklah bagus kepada tubuh sekiranya ambil secara berlebihan. Mengambil ubat tahan sakit berlebihan akan mendatangkan kesan sampingan yang berisiko tinggi. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku pada tubuh ialah, membahayakan pada usus besar dan kecil, perut, ginjal, hati sel darah dan lain-lain lagi.

Kandungan dalam B Complex ada 8 jenis vitamin B:-
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid  pantotenik
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah

Kelebihan atau kebaikan mengambil B-Complex seperti pada gambar :-






#sinergimuslimahterhebat
#say_heart_semulajadi
#kakaksitikuat
#shakleedengankakaksiti
#iDermawan
#isyukurselalu



Tak tau mana nak dapatkan vitamin??Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call
018-3793045 Saya bantu anda...

Tuesday 16 May 2017

NUTRIFERON MELINDUNGI DARI INFLUENZA SERTA MELAWAN KANSER DAN TUMOR

Bismillah..
Assalammualaikum..Hai..
selamat Potang..
Kakak siti nak cerita tentang Nutriferon Shaklee yang mana sangat istimewa pada pandanganku.
Pada  kakak siti, sangat bersyukur kerana ditemukan dengan Nutriferon ni.
Nak tau kenapa? Sebab Nutriferon menjadi penyebab Irfan cepat sembuh, yelaa..
Yang menyembuhkan dah tentula dengan izinNYA kan..

Hampir setahun mengulang ke Hosp Besar berjumpa Doktor Pakar ENT.
Gara2 Irfan dijangkiti penyakit telinga bernanah.
ialah Irfan kerap diserang selsema dan batuk. Sistem imunya rendah.
Selepas kakak siti bagi terus menerus Nutriferon kepada Irfan, baru nampak  berkesan dan jarang di jangkiti selsema dan batuk. Bila tidak selsema dan batuk, telinga Irfan akan sentiasa kering.

Selain semulajadi,berkesan dan selamat.
 Nak tau tak kenapa Nutriferon menjadi istimewa? ⤵⤵⤵

 Nutriferon ialah satu Formula Eksklusif dan di patenkan oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai-kedai biasa. Ia hanya boleh di dapati melalui Shaklee.
Selepas membuat kajian selama  40 tahun, Dr.Kojima berjaya membangunkan satu2nya interferon semulajadi di dunia(Nutriferon). Ini telah di iktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi
Dr.Kojima telah menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan Itu mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh
Ekstrak tumbuhan tersebut ialah ;
biji labu
merangsang pengeluaran interferon semulajadi dalam tubuh, menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
biji plantago asiatica,
mengandungi polisakarida yg mengaktifkan sel2 imun
honeysuckle jepun,
menentang pencerobohan virus dan kuman
bunga safflower
menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak  digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia(penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain.
Nutriferon juga telah terbukti amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis  penyakit.

Manfaat Utama Nutriferon :-
 Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
 Melawan kanser & tumor
 Melindungi dari influenza
 Meringankan stress dan kelesuan
 Melambatkan penuaan
 Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
 Mempertingkatkan menopause
 Meningkatkan PMS

Dari mana datangnya Virus,kuman dan mikrob?
Pernafasan
 Hawa dingin
 Gas buangan
 Asap
 Virus di udara
 Habuk
Berjabat tangan,sentuhan dengan objek
 Perabut
 Habuk hama pada selimut
 Pengangkutan awam
 Peluh
 Air
Makanan,latihan fizikal,persekitan keja dan lain-lain.

Bagaimana mikrob menjejaskan kita?
Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan,stress,terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergik, atsma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan TIDAK sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degenerative,penyakit kronik,kanser dan lain-lain.

Sewaktu Rawatan influenza dan kanser cadangan yang sesuai ialah 2-3 sachet sehari
Sewaktu pemeliharaan kesihatan cukup 1 sachet sehari.

#sinergimuslimahterhebat
#say_heart_semulajadi
#kakaksitikuat
#shakleedengankakaksiti
#iDermawan
#isyukurselalu

Sunday 14 May 2017

PEPPERMINT-GINGER PLUS DI HUJUNG MINGGU

Bismillah..
Assalammualaikum..hai!!
Hari Ahad  korang wat ape biasanya?
Kakak siti nak buat macam-macam nie..
So masa yang pack sangat. Kalau tak ke mana-mana, rutinnya di rumah  gase semua nak buat.
Kesahnya kakak siti semalam, kononnya nak baking la untuk orang yang teringin. Sekali siap semua keluarkan barang dan bahan, ada satu bahan yang tak da. Bahan penting tu kalau nak membrownies.
Apa nak dikata, hari pon da malam, mana nak caik coklatnyer.. lahaii tak dapat nak penuhi permintaan orang teringin.

Maaf ye, lain kali insyaAllah tertunai nanti hasratnya itu.
Bila dah tak jadi tu, kakak siti mengemas la ape patut. Tengah mengemas-ngemas, dapatla panggilan whatsapp dari kawan office. Kawan nie, bertanyakanlah pasal PAPERMINT GINGER PLUS. 
Katanya, mual sepanjang awal mengandung dan tak lalu nak makan.
Bila die menggoogle, jumpalah PAPERMINT GINGER PLUS insyaAllah akan di ikhtiarkan dengan papermint nie.

Korang nak tau tak, papermint nie banyak khasiatnye tau. Meh nengok gambar. Korang yang travel jauh tue, elok bawak nie sebotol. Macam adik kakak siti, jalan jauh memang perut tak selesa, kadang2 makan tak kena ke, salah makan ke, lewat makan ke kan. jadi bila die makan papermint nie, memang la serasi dan melegakan perut.

Untuk orang mengandung juga baik dan tidak bahaya pada kandungan.
Orang mengandung nie, makan tak lalu, minum tak lalu, makan dan minum tapi keluar balik. Semua dugaan untuk orang mengandung. Jadi saya cadangkan, kawan2 cuba lah papermint nie harga berpatutan ye. Jangan la sesikit kita makan ubat aje, kita ajarkan perut dan badan kita menerima makanan tambahan semulajadi dan selamat nie.



Berminat boleh hubungi kakak siti ye, kak oderkan..Senang jer, klik2 jer nanti.
Whatsapp 0183793045


Saturday 13 May 2017

VIVIX SUPPLEMEN ANTI-PENUAAN

Bismillah..

Assalammualaikum, hai  uolss..
Sambil mama ngajar anak, sambil mama nulis blog. Penuhi task terkini, mama pon ada task dari leader juga.hihi

So tajuk  task leader bagi ialah berkenaan VIVIX TIDAK BOLEH DI SAMAKAN DENGAN JUS ANGGUR

Memang la tak boleh samakan dengan #jus_anggur biasa. Korang tau tak sebab apa? Dah tentulah perbezaan ramuan atau bahan yang digunakan. Kalau TIDAK, manakan ada ujian klinikal dan makmal  kan. So jom  baca apa yang akak  jumpa.

Vivix TIDAK boleh dibandingkan dengan jus anggur kerana :-

🍇 Ramuan yang digunakan ialah bahan yang terpilih yang mengandungi banyak polifenol dan resvetrol dan tinggi antioksida. Bahan yang terkandung dalamnya ialah, Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry(Smbucus Nigra), Polygonum Cuspidatu.

🍇Kajian klinikal menunjukkan, ramuan semulajadi yang terdapat dalam Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong #melambatkan_penuaan pada tahap sellular.

🍇Vivix merupakan supplemen anti-penuaan #terbaik_didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

🍇 Vivix juga turut memberi  impak penuaan tahap sellular dalam melindungi dan membaiki sellular DNA, impak positif kepada kawalan genetik, menggalakkan pembentukan baru mitochondria, melambatkan pembentukan protein AGE

🍇 Ramuan Vivix dapat membantu memelihara kesihatan jantung,otak,sistem imun,sendi, pelindungan antioksidan  kesihatan dan kesejahteraan.

Kesemua di atas ini, telah terbukti dengan ujian klinikal dan VIVIX ternyata produk PREMIUM keluaran Shaklee yang Eksklusif.

Mengikut panduan nutrisi Shaklee dalam mengatasi masalah kesihatan dan penyakit, penggunaan VIVIX tersenarai hampir pada keseluruhannya.

#sinergimuslimahterhebat
#kakaksitikuat
#shakleedengankakaksiti
#iDermawan
#isyukurselalu


♥ Tak tau mana nak dapatkan vitamin?? 
Cara cepat dan mudah..sila, whatsapp / sms / call 018-3793045