Saturday 27 May 2017

DI SERANG GASTRIK DI BULAN RAMADHAN

Bismillah..
Ada ke kawan2 kakak siti, bulan2 puasa nie diserang gastrik?
Meh nak share sikit tentang GASTRIK dan KURMA..
Pernah dengar tak, air nabeez?? Air rendaman kurma atau kismis, pernah dengar? Ini lah di katakan air nabeez tu. Kurma atau kismis yang direndam bersama air selama 1 malam.
Menurut info dari MR Google, banyak khasiat air nebeez nie. Air nie juga dikenali sebagai air detox.
Khasiat air nabeez :-
 Memberi dan memulih tenaga (antara disunatkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
 Tinggi kandungan fiber (meredakan dan memulihkan diri dari sembelit)
 Membekal zat besi yang sangat bagus
 Kaya pottasium - menstabilkan tekanan darah
Sebab tu orang yang dikatakan GASTRIK minum air rendaman kurma atau kismis nie dapat melegakan sakit sewaktu berpuasa. Ada juga, yang telah mencuba merasakan badan bertenaga dan lebih tahan lapar bila minum air nabeez nie.
Amalan meminum air nabeez setiap hari menjadikan tubuh badan yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga.
Air nabeez digelar sunnah nabi kerana ia adalah air kegemaran Nabi s.a.w. So, minum air nabeez nie dapat hindarkan GASTRIK dengan izin Allah juga dapat pahala kerana mengikut sunnah nabi.
Ok, sekarang kakak siti nak share cara buat air nabeez.
Bahannya : -
 Kurma atau kismis (dalam bilangan ganjil)
 Air 500ml
Cara penyediaannya:-
 Carik2kan kurma atau boleh digantikan dgn kismis (tidak boleh dicampurkan kurma dan kismis bersama)
 Masuk ke dalam bekas berisi air masak @ mineral tadi dan tutup bekas tersebut.
 Rendam semalaman.
Cara amalannya :-
 Minum air nabeez ini semasa perut kosong atau sebelum makan. Bulan puasa, boleh diamalkan sebelum sahur.
 Boleh disimpan sehari atau 2 hari, kalau lebih dikhuatiri akan rasa masam.
Jadi, siapa yang diserang GASTRIK sewaktu berpuasa boleh mencuba resepi mudah ni. Tiada lagi alasan tidak berpuasa kann..
Selain air nabeez nie, boleh juga mencuba resepi mudah dengan ESP Shaklee.
Dengan meminum bancuhan ESP anda  akan merasa begitu bertenaga, dan kenyang berpanjangan. Apabila ESP bersifat rendah G.I (Glycemic Levels) maka ia akan membantu merasa kenyang berpanjangan kerana kaya dengan protein tambahan, hanya makan sedikit, release tenaga secara perlahan.
ESP kaya dengan kacang soy a terpilih,bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kalenjar perut.
ESP adalah sumber  protein yang lengkap dengan 9 Jenis asid  amino perlu yang TIDAK dapat di bina oleh tubuh dan harus  di dapat kan daripada pemakanan kita. Asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu2 badan,organ,otot kulit dan rambut.








No comments:

Post a Comment