Friday 11 April 2014

5 CARA BAKAR KALORI CEPAT DI TEMPAT KERJA

Assalammualaikum..Sekadar berkongsi diambil dari majalah I-sihat April. Kajian yang dimuatkan didalam jurnal Perubatan Sukan British menyatakan bahawa duduk sekurang-kurangnya selama empat jam sehari boleh meningkatkan risiko kencing manis dan penyakit jantung walaupun anda bersenam setiap hari. Tapi masih ada cara mudah yang boleh dilakukan ditempat kerja anda untuk bakar lebih lagi kalori.

♥ Berdiri setiap 30 minit
♥ Berdiri semasa menjawab panggilan telefon
♥ Berjalan kemeja kawan anda drpd sekadar memberi mesej atau whatsapp
♥ Letakkan bakul sampah jauh drpd meja anda supaya anda boleh bangun dan bergerak untuk memasukkan sesuatu kedalamnya
♥ Isi separuh sahaja botol air anda atau gunakan gelas. Ia boleh menjadi alasan terbaik untuk anda kembali ke pantri


No comments:

Post a Comment