Friday 11 April 2014

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

Bismillahirahmannirahimm. .Salam I'sya semua. Teringin kongsikan sedikit info yg saya ambil dari kementerian kesihatan.

♥ Penyakit ini disebabkan oleh virus (kumpulan entrovirus)yang biasa menjangkiti kanak2 di bawah lima tahun
♥ Jangkitan ini berlaku disebabkan persekitaran yang kotor atau keadaan yang sesak
♥ Penyakit ini dijangkiti secara terus melalui air liur, najis dan air lelehan hidung pesakit
♥ Kebanyakan penyakit ini tidak serius taoi ada juga kes-kes tertentu melibatkan sistem saraf dan jantung
♥ Setiap ahli keluarga disaran mengamalkan kebersihanaagar dapat mencegah dari dijangkiti

☆TANDA DAN GEJALA PENYAKIT

♥ Ruam dengsn lepuh di kaki, tangan dan lampin
♥ Ulser di tekak dan mulut
♥ Demam
♥ Sakit kepala
♥ Tiada selera makan

☆ LANGKAH PENCEGAHAN

♥ Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan maianan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak
♥ Gunakan tisu untuk menutup mulut bila batuk dan bersin
♥ Jangan kongsi barang peribadi spt berus gigi, tuala, sudu, cawan dll ♥ Mandi dan tukar pakaian sebelum bemesra dengan anak
♥ Cuci mainan, lap meja dan kerusi serta lantai apabila terkena air liur anak
♥ Jangan bawa anak di kawasan terbuka dan sesak seperti stesen bas, pasaraya, pasar, pawagam, kolam renangq dll

☆ Sekiranya terdapat gejala berikut segera ke hospital berhampiran ☆ Jangan hantar ke taska, tadika, sekolah atau rumah pengasuh
☆ Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu







No comments:

Post a Comment