Thursday 10 April 2014

BILA ADIK TERKENA JANGKITAN PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

Bismillahhirahmannirahim..Syukur Alhamdulillah Jumaat datang lagi. Masih di beri nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah.
Hari ke 3 bercuti. Bukan cuti2 Malaysia ye.Cuti menjaga anak yg comel si kecik Muhammad Irfan Danial. Selasa yang lalu penjaga Irfan di taska menelefon memberitahu Irfan suspek penyakit tangan kaki dan mulut berikutan ada anak staf yg lain telah ke klinik mendapati penyakit yg sama. Nak di ikutkan pagi tue masa hantar ok je, tak de tanda2 pon. Yg perasan mmg ade sedikit ruam di bahagian punggung tapi tidak pula menjangka perkara macam tu skali. Petang baru dapat ke hospital sebab nak tunggu papanya balik kerja.
Macam biasa, kes2 macam nie kompom nak amek darah dan smple kan. Maka setelah darah dan smpel air liur diambil maka doktor mengesahkan Irfan terkena jangkitan itu. Makanya di kuarantin di rumah dan makanya mama la kena ambil cuti.hehe..Tak pe la, siapa lagi nak jaga kan kalau bukan mama.
Setelah doktor mengesahkan, bekalan yang Irfan dapat dari hospital ialah ubat demam dan juga lotion untuk di sapu. Demam irfan tak la tinggi sangat tapi die munye ragam, Allah sahaja yang tahu. Dengan susahnye nak makan ubat tapi tak pe..Mama kan ada..hehe..Di rumah mama bagi ubat demam, disamping tu mama bagi Irfan mandi dengan Basic H Shaklee untuk gatal2 dan juga menurunkan suhu badan. Sejak saya mengenali Basic H, saya yakin yang Basic H dapat membantu. Selepas mandikan iRfan dengan Basic H, hari kedua gatal2 bintik2 merah di punggung irfan mula susut.Tidak lagi merah macam sebelumnya dan tidak merebak atau menjadi lebih teruk. Syukur sangat kerana tidak melarat. Selain Basic H, saya menyapu Herbal Blend pada punggungnya bagi mengurangkan lagi keradangan itu. Herbal Blend ialah kegunaan harian saya untuk keluarga.Irfan pon da biasa saya sapukan sebab irfan penyumbang darah terbaik..hehe..sang nyamuk la, ape lagi.Bila da menyumbang tanpa rela maka ada jer kesan merah dan kadang kala bengkak. Jadi saya cuma sapukan dengan Herbal Blend sahaja. Selepas sekali dua sapuan bengkak dan merah makin surut dan hilang.
Sebenarnya saya praktiskan dua benda nie pada irfan selepas berjaya menghilangkan merah dan tanda kesan campak pada abangnya. Alhamdulillah dimudahkan olehnya walaupun mama kena cuti untuk jaga anak mama tapi hati senang sebab dapat menurangkan kesakitan dengan cepat ini pun dengan izin Allah. Walaumacam manapun, ubat yang dibekal oleh hospital jangan la di berhentikan kalau demam kena la bagi ubat demam juga. Cuma saya kurangkan dos atau pengambilannya sahaja. Sebab saya ada Shaklee dapat membantu. Hari ni Irfan kena jumpa doktor juga, untuk pemeriksaan lanjut. Moga anak mama sembuh segera. Irfan demam bukan sebab sakit nie aje, rupanya nak dapat jalan dan tumbuh gigi baru.
Untuk ibu bapa dan penjaga yang senasib dengan saya, segeralah ke hospital dan mengambil tindakan secepat mungkin.Kerana penyakit ini ada juga dikategorikan serius hingga merebak ke otak. Moga kita dijauhi segala kemungkinan yang tidak diingini.






No comments:

Post a Comment